holllaaaaa.. semua arni berada dlm mood baik ke tak baik?
haaaaa. kalo x baek, cepat2 pergi HAPPYkan diri
bukan aper, skrg nii penyakit STRESS ni dah xkira umur
lebeh parah kalo stress niy bleh buat kita naik darahh..
erm darah naikk pon bleyyy
so, jangan tangani sesuatu masalah dgn EMOSI
semua orang ada masalah, tapi kita perlukan masa utk kita lebih BERTENANG...
betolllllll x.....? hehehe
kalo gtu, sesekali ilmu tntang agama kene jugak kita amek port
bukan hnya org tua ajer, org muda pun kene jugak amek tahu
jgn asyik nk enjoyyy n katawaaaa jer.. hehe
( sy pun sama hihi.. astaghfirullah.. )
oke lah, tuk entry kali nii sy ada sesuatu tuk korang fikir dan
renungkan sejenak
entry kali nii mcm agak berat tuk dibaca tp sebenarnya
kalo xbaca rugi sgtttttttttt
sebab entry kali ni sy menyentuh soal agama...
kdg2 idup kt dunia nii msti ada pengetahuan agama
supaya xmenyimpang jauh..
oke lah.. slmt menghayati...
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan
seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan
orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".
Maka salah seorang sahabat bertanya
"Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"
Nabi s.a.w. menjawab,
"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali,
tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan
Allah swt akan mencabut rasa gerun terhadap kamu
dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah swt
akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?"
Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab,
"Cinta pada dunia dan takut pada mati".
Keterangan
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.
Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa
yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun
mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta
(1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan
menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain.
Mereka ditindas, diinjak-injak,
disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia
walaupun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan
dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca
dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan"
yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud
dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'takut mati".
Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan.
"Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu
mendermakan harta di jalan Allah swt..
“Takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia
dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi ngerinya akhirat dan
tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam
memperjuangkan agama Allah swt...
Kita berdoa agar Allah swt menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah...
" Berimanlah kita pada Allah dgn sebenar2 IMAN,
bukan beriman hanya pada nama"
~ Qaseh Ros Putih
Best regards,