BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 19 September 2011

Takdir yang Tertulis..



Aku telah memilihmu untuk percaya
bahawa esok hadir membawa cerita baru
sekeping kisah yang manis untuk ditatap
dalam hidup sesingkat ini, bahagia yang entah
bila bertandang.

Engkau yang bersembunyi dalam keriuhan itu
sebenarnya terlupa pada takdir yang tertulis
pada pertemuaan yang enggan dilupai
pada kemesraan yang bertaut
pada seribu sunyi tiba-tiba telah mati
saat matamu memandangku
keharuan yang memilukan.

Aku hanyalah sebutir kenangan
terbang di awangan, hilang di matamu
cuma akan kau kenang secuit kisah kita
menjadi bingkai memori bersemadi
di sudut hati.

Masihkah kau akan mengingatiku
sebagaimana kita bertemu?
atau kau hanya bebayang yang menghilang
disihir pelangi petang
berterusan melukai sekeping waktu
yang seharusnya kita raikan
dengan kebahagiaan.



"andai itu taqdir Yang Maha Esa, aku Redha"

~ Qaseh Ros Putih

Best regards,

7 comments:

Minda Alam said...

Jangan dikenang apa yang telah berlalu, mungkin ada yang terbaik di masa depan. Teruskan kehidupan dengan keyakinan hari esok lebih baik dari hari ini....insyaallah. Masa akan mengubah segalanya....Amin

Anonymous said...

Pengalaman dahulu jadikan sebagai sempadan atau pun sebagai kenangan supaya hidup yang mendatang lebih berhati-hati.Usah dikenang juga kenangan yang buruk dan tidak perlu diingat mahupun diungkit kerna ia akan membantutkan proses kehidupan kita kelak.hayati kehidupan yang bakal dilalui dengan sebaik mungkin.tidak salah untuk menoleh tetapi jangan sampai menghalang kehidupan kita.

qasehrosputih said...

Hati itu pasti ada tuknya..sampai bila-bila. tapi tuk menjadi yang teristimewa, tidakkan lagi berpatah ke belakang...

qasehrosputih said...

anonymous...

kamu ada blog kamu sendiri..?
sy suke baca kamu punye rasional dan kata2 tur buat sy rs tenang.kamu msti org yg sama spt dlm komen posting kisah DIA.. kan?

Anonymous said...

Kenapa perlu ada perasaan sedemikian tidakkah kamu patut bertahan dengan segala rintangan?Adakah terlampau berat kesalahan yang dilakukan?Bagi saya tidak salah untuk memberi peluang kerna kemungkinan silap dan salah yang dilakukan hanya untuk membuktikan kebenaran disebalik hubungan serta mengajar untuk menjadi lebih baik.Disitu juga dapat membongkar apa kesilapan masing2.Kenapa perlu dtolak sedangkan kita tidak tahu itu hanyalah dugaan?Hayati suatu hubungan dengan sebaik mungkin dan tidak perlu untuk menghukum dengan kesalahanya dek kala hati masih lagi mempunyai rasa.Sebagai ummat kita juga dituntut untuk membaiki kesalahan si pelaku dan pasti gembira akan melihat perubahan yang positif si pelaku.

qasehrosputih said...

anonymous..
mungkin apa yg sy rs, kamu tidak pernah rs. dh byk kali sy beri peluang dan bukakan hati. sy seorg yg amat sukar nak luahkan perasaan sebenar. sntiasa dikategorikan sbg seorg yg kuat menipu, mempermainkan lelaki, cepat melatah, xhargai kawan baik.. mcm2 lagi,Allah je yg tahu betapa sedih kalo org2 yg kita syg hukum kita sedangkan dah byk masa, tenaga dan ksih syg dikongsi sm2.. sehinggalah, hati sy benar2 jd tawar tuk berkongsi apa itu rasa KASIH...

Anonymous said...

Ok kalau dari segi apa yang saya fahami itu salah awak.Walau banyak mana pun peluang yang diberikan tapi si dia tidak pernah tahu apa perasaan kamu maka itu bukan salahnya. Kerna dia sendiri pun tidak pasti dengan keadaan dengan kamu. Penah saya beri pendapat tentang berterus terangkan.Usah mengalah kerna apa yang terjadi kerna salah kita juga yang dilakukan.Kiranya benda yang sama terjadi maka semua yang diperkatakan oleh kawan2 awak tu semua betol sebab diorg memandang keadaan yang jadi.Mcm mana Allah nak permudahkan jalan seseorg jika individu itu sendiri memilih jalan yang berlainan dan penuh dengan onak dan duri. The best what u can do is.... Bagi peluang dan jelaskan perasaan kepadanya. Bertahanlah walaupun perasaan malu tu ada tapi demi kebahagian kamu saya rasa tidak salah.Nescaya dengan pengakuan dan berterus terang kamu tidak akan rasa sakit hati kerana saya yakin yang si dia akan sama-sama mengharungi dugaan dan cabaran bersama-sama kamu.Insyallah....