BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, 11 October 2011

its not a big thing'


kawan.teman.sahabat baik.sahabat sejati....

semuanya terikat dgn erti kata sendiri
apa yang kita alami demi mereka
sungguh memenatkan
kadang-kadang menjengkelkan...

itulah ikatan persahabatan
nilai yang cukup indah
anugerah yang cukup berharga
kurniaan yang Maha Kuasa

kita layari beberapa episod ujian
kita lalui beberapa lorong dugaan
kita rentasi beberapa lautan cubaan

kadang-kadang
apa yang kita rasakan baik tuk kita
sebenarnya menjadi duri bagi kita
dan apa yang tidak baik pula
sebenarnya pelengkap hidup kita

rentaslah bersama mereka
di kala ombak sentiasa bergelombang
dan di situ adanya kunci setia

jika ombak tiada, tiadalah makna
bagaimana mahu mendayung
jika bukan kerana ombak yang menolak
akhirnya menuju destinasi juga


begitu juga sahabat
jika tiada dugaan dan ujian
persahabatan jua takkan berharga
kasih sayang juga tak bernilai

terima kasihlah pada dugaan
bersyukurlah pada ujian
itu yang akan membuka mata manusia
tentang erti segala yang bermakna

bersahabat takkan jadi erat
secara automatik
haruslah panjang waktunya
macam besi tajamkan besi

bersahabat tu banyak rentaknya
banyak rencahnya
macam masak sup,
kalo tak cukup rencah dan rempah ratus
mesti tak sedap, kan

ada warna di sebalik pengalaman suka duka
dihiburkan-disakiti
diperhatikan-dikecewakan
didengar-diabaikan
dibantu-ditolak
semuanya tidak pernah sengaja
untuk tujuan kebencian

sahabat takkan pernah lari dari kesalahan
dan atas nilai tiket sahabat
akan adanya teguran
namun, kadangkala keegoaan memusnahkan

di sinilah... langkah bermula
kembali semula kepadaNya
pada DIA kita akan bersatu
dengan rahmat dan kasihNya
kita akan sentiasa menjadi Sahabat...

menjaga sahabat - sesukar menjaga ros putih

"walau hari berganti hari, kasih tetap abadi"

~ Qaseh Ros Putih

Best regards,

2 comments:

Minda Alam said...

Persahabatan menuntut keihklasan... tidak boleh terlalu mendesak tidak boleh terlalu mengalah. Menerima kelebihan dan kelemahan sahabat dengan seadanya. Tidak salah untuk marah dalam bersahabat tetapi perlu tahu bila masa untuk memaafkan. Tidak boleh terlalu berkira...tetapi perlu juga memahami....Sahabat terbaik tidak pernah gentar untuk mengajak kearah kebaikkan...Sabahat terbaik juga sedar sabahat menentukan perjalanan seterusnya kita dibumi Allah ni...Sahabat terbaik akan bersama-sama mencari kebaikan.... Semoga kita dikurniakan sahabat yang terbaik dunia dan akhirat....Amin

qasehrosputih said...

terkesan dengan kata-kata anda.. saya setuju dan sama-samalah kita mencari kebaikan itu.. amin.. dan sy mohon moga saya juga sentiasa mengasihi dan dikasihi sahabat-sahabat sekalian...

p/s: kata2 mudah diluahkan namun yg pasti, nak melaksanakan tu yg payah dlm realiti hidup...