L.O.S.T
Lemah
Otak
Sakit
Tulang
Bila banyak sgt berfikir dlm satu masa
Aku sendiri tak tahu apa yang aku fikir
Yang aku tahu lagi tiga bulan
Bukan enam, bukan lima, bukan empat
Tapi tiga bulan, segalanya akan berubah
Akanku tinggalkan kenangan di kubikel itu
Akanku tinggalkan segala kenangan di rumah itu
Akanku tinggalkan semua yang aku kasihi
Akanku tinggalkan seseorang yang amat aku sayangi
Terlalu sayang...
Seseorang yang buat hidup aku sempurna
Seseorang yang ajar aku erti tabah, erti berdikari
Dalam garang, ada pengajaran di situ
Tawa, Tangis, Luka, Suka
Segalanya akanku tinggalkan
Pasti akan TINGGAL...
L.O.S.T
Di mana aku lagi tiga bulan?
Apa aku buat lagi tiga bulan?
Siapa aku ketika itu?
Eh banyak sangat nak kene pk ni
Patutlah Blood Pressure aku turun 2 takat je
Berbaliklah pada Pencipta
DIA adalah segala-galanya
Mungkin lepas ni baru kita nampak
Hikmah dan Barakah
Ya Allah, Kau bukakanlah
Pintu Rezeki Untukku Seluas-luasnya
Aminnn...
"Allah sentiasa menguji setiap saat"
~ Qaseh Ros Putih












2 comments:
Sebagai insan yang paling kerdil, kita tidak akan tahu dimana tujuan kita selepas ini. Sama ada masih bernyawakah kita atau sebaliknya. Dalam kehidupan jangan mudah patah semangat, apabila kita telah berusaha...berdoa dan yakinlah pasti ada yang terbaik untuk kita dihadapan.
Dalam banyak-banyak usaha itu pasti ada yang terbaik untuk kita dan akan dimakbulkan. Rezeki adalah sesuatu yang tidak diketahui...kadang-kadang walaupun sedikit jika kita ikhlas dengan rezeki itu...pasti kita akan bahagia.
Banyakkan sembahyang hajat dan berdoa selepas setiap usaha dilakukan. Manusia tidak mampu menentukan apa yang berlaku, mereka hanya boleh merancang tapi ALLAH juga yang mengizinkan.
Selepas berusaha bersungguh-sungguh, berdoalah dan berserah. Yakinlah pasti ada yang terbaik untuk kita...Amin.
Bersabarlah dan yakin dengan ketentuan dan perancangan ALLAH. Tiada nasib yang ditentukan melalui 'tilik nasib tau'....'Learn how to control streess.....'. "Your Life Better Without Stresss"
Kata kunci: Usaha, Berdoa, Yakin dan Sabar
usah bimbang pintu rezeki akan sentiasa terbuka walaupun dimana sahaja kita berada.
Post a Comment